Rasa geram, rasa nak marah pun ada... macam-macam rasa, kalau nak disatukan entah apalah rasanya ye... Petang jumaat tu, saja nak beli sayur kat gerai sayur2an. Pilih punya pilihan akhirnya saya beli sayur pucuk ubi. (Salah satu sayur kesukaanlah katakan) Satu ikat harganya B$1. Jadi saya belilah 4 ikat. Sampai kat depan meja penjual tu (seorang wanita - agak2 umur dia 40an). Saya pun kata.(konon nak tawar harga...) "Dapat kurangkah, ani ku bali 4 ikat, dapat 4 ikat ani $3 saja." (Dlm loghat brunei) Saya pamerlah muka kesian, manalah tahu kot-kot dia lembut hati, dia bagi harga rendah. Saya taklah berharap sangat waktu tu. Hanya cuba nasib aje.
Nak tahu apa reaksinya... Adui... saya rasa nak balik dan tinggalkan sayur yang saya nak beli tu.
Penjual tu kata. "antah." (Entah). Wajahnya masam mengalahkan mangga muda yang ada dijual di situ. Expression tu datang bila saya tengok mangga muda terlonggok betul-betul depan dia. Saya pun kata, "Bah inda apa."(Tak apa). Malu juga rasanya seringgit dua pun mahu nak tawar harga! Sejurus tu langsung saya unjuk wang B$10. Kemudian dia unjuk kembali wang pada saya, saya pun mengira wang tu. Hairan! wang yang dikembalikan pada saya sebanyak B$7 lantas saya kembalikan $1 padanya. Dia menjeling pula pada saya. "Ambil tia $3 saja. Balik usin mu $7." Suara dia kasar semacam aje. Nampak betul memang dia tidak ikhlas. Alahai mahu saja saya lari waktu tu... tapi tak kan lari kot.... Berlari dengan sayur di tangan pulak tu.
Dengan berat hati sempat juga saya mengucapkan terima kasih pada dia. Entah berterima kasih untuk apa, saya pun tak tahu.
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kesian kita ah..andangnya urang2 ketani kak..macam2 kerenahnya..sabar saja..
Post a Comment