Saya terbaca sebuah artikel yang mana seorang penyanyi korea, Han Mi Ok atau dikenal sebagai Hang Mioku, begitu ketagih untuk mencantikan wajah sehingga sanggup menyuntik mukanya dengan minyak masak, minyak tanah (paraffin)dan juga suntikan silikon yang menyalahi undang-undang.
Dalam era 90an, Hang Moiku memang terkenal seorang penyanyi jelita. Pernah ketika ditemu bual dia menjelaskan "Saya tidak dapat menerima orang lain lebih cantik dari diri saya. Saya mencemburuinya. Saya mesti yang tercantik. Saya mahu kecantikan yang sempurna.
Pada tahun 2004 dia muncul di televisyen, dunia dikejutkan dengan perubahannya yang mengerikan dengan saiz kelapa 3 kali lebih besar berbanding saiz normal disebabkan minyak membeku di bawah kulit. Dia terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 15 kali untuk memulihkan. Sekarang Hang Moiku hanya pasrah dengan keadaanya yang hodoh sehingga dia pernah berkata "Saya benci melihat wajah saya di cermin. Saya sungguh sedih dan sengara.
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment