CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 27, 2009

BUAT RENUNGAN BERSAMA

Rasullallah s.a.w bersabda “Dua kalimah yang ringan di lidah mengucapkannya tetapi berat timbangan (pahalanya). Dan kedua-duanya disukai Allah s.w.t ialah subhannallahi wa bihamdih & subhannallaahil ‘azhiim.”

Dari Aisya ra. Isteri nabi s.a.w, bersabda “Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadi urusan itu indah(sukses) tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan itu menjadi hambar.

Friday, March 13, 2009

PESTA BUKU BRUNEI BERSAMA PENULIS ALAF 21

Alhamdulilah, tak sangka dapat bertemu dan berbual mesra dengan penulis alaf 21, Aisya Sofea, Damya Hana, Hezzy Azra dan Emma Maizura di pesta buku pada pagi 7hb & 8hb March. Hmm... memang meriah... tak tahu nak cakap apa.

Gambar ramai bersama salah seorang peminat novel Hajah Rose.



Dua Gadis kecil molek ni adalah kakitangan choice books. Walapun sibuk melayan pengunjung yang datang, senyuman mereka tak lekang di bibir. Tetap sabar melayan kerenah pelanggan.



Gambar ramai bersama penulis alaf 21 dan pengurus choice books, Encik Ahmad Basheer

Lokasi : Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Gambar bersama Qaisara dan dua anak lekaki saya, Abdul Mateen dan Ahmad Syazwan, Alahai seronoknya jika dapat anak perempuan macam Qaisara.

Bersama Nora Ismail (Rose Harissa)




Bikash, Fieda & Qaisara (Lokasi: Jeti Kampong Ayer)


Bikash Nur Idris,Hafirda Afiela,Nuriani Johaini, Nora Ismail dan Norhayati Berahim

Hmm....senyum manis dari Bikash Nur Idris & Hafirda.

Wednesday, March 11, 2009

PESTA BUKU BRUNEI

28 Feb bertemu lagi dengan penulis yang dikenali ramai, Norhayati Berahim dan Rose Harissa (Nora Ismail). Apa lagi ha...gamatlah suasana, apatah lagi Norhayati membawa anak perempuannya, Qaisarah. Hmm... Qaisarah memang cute. Sempat jugak kami ambik gambar ramai waktu tu.

29 Feb, pagi tu, saya ambil kesempatan membawa Bikash, Fieda, Norhayati, Nora, Suraya (Editor Norhayati), Qaisarah dan bibik meronda Bandar Seri Begawan. Waktu yang suntuk tu sempat jugak melawat pusat kesenian dan pertukangan tangan, Masjid Ja'me Asr Hj Hassanal Bolkiah dan Masjid Sultan Omar Ali Saifudien. Itupun harus bergegas kerana dah janji dengan Encik Basheer untuk ke booth pada pukul 10.00.

Nak tengok gambar masa pesta buku tu berlangsung? Nanti saya paparkan.....

PESTA BUKU BRUNEI 2009

27 February 2009

Pesta Buku Brunei 2009 diadakan pd 27 feb - 8 march. Saya teruja sangat bila kali pertama kali bertemu dengan penulis dari Malaysia, Bikash Nur Idris dan Harfida Afiela. Diaorang ni ramah,ceria dan suka gelak. Terlalu pantas waktu berlalu, rasanya 3 hari bersama mereka pun tak cukup.

Apa yang buat saya tergamam wajah Harfida Afiela memang iras-iras orang Brunei (jangan marah Fieda) bukan saja saya yang kata gitu. Kakak saya yang tengok gambar Fieda pun kata cam tu. Apalagi bila sekali tu ada beberapa pengunjung yang datang menyatakan hal yang sama. (ia atu urang berunai kah macam urang berunai ah...) saya tergelak juga, mana tidaknya ramai yang kata gitu. Mungkin Fieda ni berjodohkan orang Brunei. Manalah tahu suatu hari nanti Fieda jatuh cinta dengan jejaka Brunei... hehehe.... jangan marah Fieda... nanti kena jual....