CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 9, 2010

SELAMAT BERPUASA

Selamat Berpuasa semoga kedatangan bulan Ramadhan ini membawa seribu rahmat dan keberkatan yang melimpah ruah. Di samping kita menjalankan ibadah puasa bersama-sama kita melipat gandakan ibadah untuk mencapai kebahagiaan dan kemuliaan yang tinggi di sisi Allah S.W.T. Mudah-mudahan kita terus dilimpahkan keberakatan yang berpanjangan Amin....

Monday, August 2, 2010

ALLAH MAHA BESAR



Maha besar kuasa Allah. Saya amat kagum bila melihat bentuk pohon pokok ini. Kalau dilihat betul-betul figuranya persis seperti seorang yang duduk sambil menadah tangan. Apa yang paling unik kedudukannya betul-betul menghadap kiblat.

Kedudukan pohon ini sebenarnya di belakang rumah jiran saya. Foto ini saya dapat ambil dengan mudah dari beranda rumah saya di tingkat atas.

Sunday, August 1, 2010

SALAM BAHAGIA UNTUK SEMUA

Setelah lama menyepi, alhamdulilah saya kembali bersama anda. Memang dah lama tak update apa-apa kat blog ni. Dah genap pun setahun. (Lama jugak kan)

Kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam saya tak lupa mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia. Hm... cuma beberapa hari aje lagi kn? Puasa ya jangan tak puasa.

Saya cuba nak ubah suai sikit blog ni. Dah lama tak masuk blog ni, mula-mula tu pening jugak mengingati apa passwordnya. Nasib baik ingat kalau tak... entahlah. Agaknya tunggu mimpi kot!!

Insya-Allah dalam sedikit waktu saya cuba untuk update apa yang telah lama tertinggal. Chow dulu. Salam bahagia dan salam sejahtera.

Tuesday, August 25, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat datang Ramadhan. Syukur Alhamdulilah kerana kita sama-sama masih diizinkan untuk terus menghirup nikmat Allah yang tidak terkira ini. Mudah-mudahan kedatangan bulan yang mulia ini lebih membawa erti dan keberkatan untuk kita lebih mendekatkan diri, bersujud dan berzikir mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. Maha besar rahmat Allah. Maha besar kasih sayang Allah pada seluruh hambaNya. Semoga bulan yang suci lagi berkat ini kita sama-sama memperolehi pahala yang berlipat ganda Amin... Amin... Amin...

Friday, May 22, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN BUAT MD KHAIRI ADLI



Ibu doakan semoga anakanda panjang umur, sihat walafiat, murah rezeki dan senantiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Amin. Ingat pesan ibu, jadilah anak yang berbakti pada orang tua dan berguna pada bangsa, agama dan negara.
Dah seminggu komputer saya demam... tak berfungsi. Hari ini alhamdulilah, dah sembuh pun dari demam.

Tuesday, May 12, 2009

Assalammualaikum... Memang dah lama tak tulis apa2 kat blog ni, betul pun cakap bikash, memang pun dah lama tak posting. Masa tak mengizinkan….duh…duh….cian… Untuk tak mengecewakan dan tak nak berhutang apa-apa kepada Umaira, akak jawab juga tagnya. Sorrylah Umaira sebab lambat….

10 facts about me

1. Bila sedang marah biasanya mulailah kemas-kemas rumah. Habis habuk disapu
bersih. (dah terbalik dah… orang biasanya kalau marah benda di samping berterbangan tapi ibu yang satu ni lain pulak kan… hihihi… entahlah dah jadi fiil agaknya bila marah… misi bersih-bersih la… pulak…

2. Time pergi shopping/jalan-jalan jarang nak tengok orang, (teruja/seronok bila shopping) selalu kena tepuk dari belakang oleh teman/saudara malah ada kalanya teman/saudara fikir saya ni sombong pulak tapi sebenarnya taklah begitu (eheheh bukan nak puji diri)

3. Favourite sangat makan chocolate berisi badam. (Tengok badan…. Tapi dah suka nak buat macam mana…. (Tapi bukan makan hari-hari pun…hahaha…)

4. Suka mengumpulkan resepi dan beli buku resepi tapi…. Bab nak cuba resepi tu jarang sekali.

5. Bila memandu sambil bercerita dengan anak2 atau sesiapa sahaja, sering tersasar ke arah lain (maksudnya lain tempat yang dihajati, lain pula tempat yang dituju. (teruk betullah…. Memang tak boleh diharap)

6. Mudah sangat menangis… happy ke, apalagi sedih… air mata itu tak nak berhenti keluar huhuhu… sensitifnya.

7. Suka makan ‘kembayau’ sedap jika makan dengan nasi. (tentu ada yang tak pernah dengar nama ‘kembayau ni kan). Kat Brunei, Sabah dan Sarawak memang ada… tapi kat Semenanjung belum tentu dapat lagi selain import dari kepulauan Borneo… (macam tau-tau aje). Tapi bagi yang tak tahu macam mana bentuknya buah kembayau ni, nantilah kalau musimnya, Insya-allah saya akan snap gambarnya. (Kena bersabarlah ye…)

8. Tak suka kucing…

9. Suka baca buku sebelum tidur.

10. Saya ni jenis penakut tapi suka sangat tengok filem seram. Kalau dah takut sorok aje kat dalam selimut. Hihihi…