CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 28, 2012

Kerja ambil mudah aje...

Kemarin saya bersama Abdul Mateen (anak saya) datang ke bahagian kaunter pendaftaran (opps!.. tak nak nyatakan di kaunter pendaftaran mana). Tempat tu pertama kali saya datang membawa dia. Saya tanyalah gini...gini...gini. Saya hampa kerana dia kata "tak bolehlah kena pergi di cawangan kami yang lain kerana anak ibu masih di bawah umur 12 tahun jadi tak bolehlah buat rawatan di sini. Dia berilah alamat tempat berkenan serta jam rawatan. Aduh... saya jadi bingung, jam rawatan 7.45pagi hingga 10.00 pagi. Saya tanya boleh tak buat rawatan di sini, lagipun saya datang jauh-jauh, pas tu tak diterima. Lagipun bila saya pandang jam di tangan, dah pukul 9, mana nak sempat. Mahu cari tempat tu satu hal. Masa perjumpaan satu hal lagi. Akhirnya saya putuskan untuk pergi ke esokan harinya.
Agak susah juga cari alamatnya tapi alhamdulilah dalam perjalanan ke sana saya bertemu teman sekerja yang tinggal di kawasan tersebut. Nasib baik dia tunjukkan jalan, akhirnya sampai juga kami di sana. Di kaunter pendaftaran tu, saya tanya, kemarin saya dah pergi ke kaunter pendaftaran (***) kenapa mereka kata tak boleh. Penjaga kaunter tu sedikit terperanjat, "Eh bulih jua, napakan, banarnya untuk pertama kali, memang dibenarkan membuat rawatan di sana tapi untuk perjumpaan kali kedua mesti di sini. Kami diarah pihak atasan macam atu banarnya kerana kasian jua tu memikirkan orang lagi kan balik-balik, ngalih kali ah. membuang masa urang jua tu." Saya terlonggo. Saya terus kata padanya, "banar jua tu tapi kemarin kami datang ke sana inda kana terima " Dia terus angkat bahu, tak nak komen apa-apa.
Geram ada... sakit hati pun ada... entah bermacam perasaan yang sewaktu dengannya bersatu. Kalau diikutkan hati mahu saja ditempelak balik penjaga kaunter tu.... tapi ingatkan balik yang kita berurusan dengan dia suatu hari kelak jadi dipadamkan sahaja niat tu. Sabarlah hati...

Sunday, February 26, 2012

Pesta Buku 2012

Kemarin dah bermulanya pelancaran pesta buku Brunei bersempena Hari Kebangsaaan Negara Brunei Darussalam yang ke 28.  Pesta Buku diadakan di Pusat Persidangan Antara Bangsa, Berakas.  Saya belum bersempatan lagi berkunjung ke situ. Hati ni memang dah gatal sangat nak pergi tapi belum ada kesempatan. Mungkin esuk atau lusa, insya-Allah.....

 

Saturday, February 25, 2012

RedhaMu....

Detik dan masa telah berlalu
namun aku masih di sini mengorak langkah kaki yang entah bila pasti akan terhenti melangkah.
Biarku jejaki nostalgia ini dengan sejuta rasa rindu, sejuta rasa kasih dalam mengungkapkan kalimah suciMu ya Allah.  Semoga aku terus sabar menjalani rententan perjalanan hidup ini.
Dan pastinya aku redha ketentuanMu andainya inilah jalan yang harus aku tempohi.

Friday, February 24, 2012

Jumpa lagi.....

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia.  Sudah lama tak jenguk blog ni.  Blur benar bila masuk dalam blog yang lama tak aktif ni.  Password pun dah lupa.  Hampir sejam lebih mencari dan mengingati passwordnya akhirnya alhamdulilah dapat jugak.