CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 22, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN BUAT MD KHAIRI ADLI



Ibu doakan semoga anakanda panjang umur, sihat walafiat, murah rezeki dan senantiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Amin. Ingat pesan ibu, jadilah anak yang berbakti pada orang tua dan berguna pada bangsa, agama dan negara.
Dah seminggu komputer saya demam... tak berfungsi. Hari ini alhamdulilah, dah sembuh pun dari demam.

Tuesday, May 12, 2009

Assalammualaikum... Memang dah lama tak tulis apa2 kat blog ni, betul pun cakap bikash, memang pun dah lama tak posting. Masa tak mengizinkan….duh…duh….cian… Untuk tak mengecewakan dan tak nak berhutang apa-apa kepada Umaira, akak jawab juga tagnya. Sorrylah Umaira sebab lambat….

10 facts about me

1. Bila sedang marah biasanya mulailah kemas-kemas rumah. Habis habuk disapu
bersih. (dah terbalik dah… orang biasanya kalau marah benda di samping berterbangan tapi ibu yang satu ni lain pulak kan… hihihi… entahlah dah jadi fiil agaknya bila marah… misi bersih-bersih la… pulak…

2. Time pergi shopping/jalan-jalan jarang nak tengok orang, (teruja/seronok bila shopping) selalu kena tepuk dari belakang oleh teman/saudara malah ada kalanya teman/saudara fikir saya ni sombong pulak tapi sebenarnya taklah begitu (eheheh bukan nak puji diri)

3. Favourite sangat makan chocolate berisi badam. (Tengok badan…. Tapi dah suka nak buat macam mana…. (Tapi bukan makan hari-hari pun…hahaha…)

4. Suka mengumpulkan resepi dan beli buku resepi tapi…. Bab nak cuba resepi tu jarang sekali.

5. Bila memandu sambil bercerita dengan anak2 atau sesiapa sahaja, sering tersasar ke arah lain (maksudnya lain tempat yang dihajati, lain pula tempat yang dituju. (teruk betullah…. Memang tak boleh diharap)

6. Mudah sangat menangis… happy ke, apalagi sedih… air mata itu tak nak berhenti keluar huhuhu… sensitifnya.

7. Suka makan ‘kembayau’ sedap jika makan dengan nasi. (tentu ada yang tak pernah dengar nama ‘kembayau ni kan). Kat Brunei, Sabah dan Sarawak memang ada… tapi kat Semenanjung belum tentu dapat lagi selain import dari kepulauan Borneo… (macam tau-tau aje). Tapi bagi yang tak tahu macam mana bentuknya buah kembayau ni, nantilah kalau musimnya, Insya-allah saya akan snap gambarnya. (Kena bersabarlah ye…)

8. Tak suka kucing…

9. Suka baca buku sebelum tidur.

10. Saya ni jenis penakut tapi suka sangat tengok filem seram. Kalau dah takut sorok aje kat dalam selimut. Hihihi…